Major faktor risiko yang mempengaruhi perkembangan UGIB adalah:-
1) Sejarah tentang UGIB
- Paling berisiko jika seseorang yang telah mempunyai sejarah kesihatan berkaitan UGIB ini kerana penyakit yang dahulu akan merangsang untuk berlaku kembali.
2) Penggunaan aspirin atau NSAIDs
- Penggunaan pil penahan sakit secara kerap. Ubat antiradang bukan steroid (NSAIDS) seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen boleh menyebabkan inflamasi perut dengan mengurangkan bahan yang memelihara lapisan perut yang bertindak sebagai pelindung (prostaglandin).
- NSAIDs ini mempunyai kesan pada ‘cyclooxygenase-1’ iaitu yang membawa pada kegagalan ketahanan(resistant) lapisan mukosa di salur gastrousus kepada asid.
3) Jangkitan bakteria
- Jangkitan bakteria berbentuk cockscrew dikenali sebagai ‘Helicobacter pylori(H.pylori)’ yang berkembang di dalam lapisan mukosa yang melapisi lapisan perut atau salur gastrousus
4) Terapi antikoagulan atau antiplatelet
- Antikoagulan/antipletelet yang diberi merangsang pendarahan yang lebih banyak.
5) Dinding esofagus terkoyak
- Ini disebabkan muntah atau menjeluak yang keterlaluan dan berulang-ulang. Dinding esofagus juga boleh koyak selepas serangan penyakit secara mengejut, batuk atau ketawa terlalu kuat, mengangkat benda berat, mengalami tekanan, melahirkan anak atau mengambil terlalu banyak alkohol.
6) Merokok
- Merokok boleh meningkatkan keasidan duodenal dan secara signifikannya merencat penyembuhan salur gastrousus yang cedera akibat pendarahan.
No comments:
Post a Comment