Tuesday, August 16, 2011

DOA PULIH MATA



Assalammualaikum.Hari ni suka nak share mengenai doa untuk pulihkan mata.Saya dapat ketika menonton rancangan Tanyalah Ustaz dengan tajuk Doa & ubat oleh Ustaz Syarhan.


1)Amalkan ayat daripada Surah Qaff ayat 22:

"ٌفَكَشَفنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَركَ اليَومَ حَدِيد..."

maksudnya :"...Maka kami singkapkan tutup(yang menutupi) matamu,sehinggakanpenglihatanmu pada hari ini sangat tajam"

Kemudian ustaz sarankan makan lobak mentah ,kunyahan lobak tersebut sebenarnya sebagai senaman mata.

ATAU

2)Amalkan Selawat Syifa'
ulang wanuril absari wadhiyaiha sebanyak 7x sambil mengusap kelopak dan di sekitar mata.
 : Sungguhlah kalamullah terdapat penawar untuk apa-apa sahaja penyakit.Setakat yang ustaz beritahu,setelah ramai amalkan 2 petua ini,alhamdulillah dengan kehendak Allah,daripada yang berkaca mata tidak berkaca mata,daripada yang kabur mata,ada selaput di mata pulih dengan kehendakNYA jua.Jom sama-sama amalkan,boleh jimat duit daripada belanja untuk beli cermin mata,cermin mata sekarang ni pun boleh tahan harganya,tambahan lagi kos hidup makin tinggi sekarang ni,kena berjimat :D

Sunday, July 17, 2011

1st Day PRAKTIKUM

Alhamdulillah syukur...Tuhan permudahkan urusanku semasa masuk klinik ORL tadi,,
seronok bersama ARA, AZIE, TASHA, NUR, DWA, TYRA.......kitorg byk bljar hr nie,,,
semua kakitgn (SISTER, SN, ATTENDT,DR/PROF) bg kerjasama,,pe yg kitorg tnye mereka msti jwp baik punye,,explanation tip top,,hahahah:)))))))))
ape2 pown, bsok msh ade,,,teruskan perjuangan utk praktikum selama 14/52.
byk perkara yg perlu thu disamping knowledge, skill aq juga perlu dimantapkan..
td, mase kat klinik, bila kitorg jwp je kami nie 3rd year, mereka sume wish goodluck...
hahahaa.....nk kuar dh kn,,,huhuuuuuuuu..nervous sesgt..
SISTER td pun td advise kami supaya kerja molek..bila dh jd SN nnti, INSYAALLAH, dia suruh sambg blajar.
bila dh ade post basic lam sesuatu bidang pula tu lagi senang untuk kerja lebih tinggi lg..mantap skill,,,

Wednesday, July 13, 2011

Asalkan Engkau Terus Melangkah


Sahabatku,
Biar ujian seberat gunung,
Walaupun kau jatuh ke lubuk yang dalam,
Terperosok,
Hitam dan seakan-akan tiada cahaya,
Jangan kau mengalah,
Teruslah melangkah.
Teruskan melangkah,
Walaupun ia tidak mudah,
Biar langkahanmu kecil atau tidak gagah,
Ku tahu,
Pasti ia berat dan payah,
Namun itu semua tidak menjadi masalah,
Asalkan kau terus melangkah,
Ya, asalkan kau terus melangkah.
Bangkitlah!
Angkat wajahmu,
Bersihkan kotoran di bajumu,
Buka jendela yang menutupi ruang-ruang hidupmu,
Keluarlah dikau,
Dan lihatlah sinar mentari itu!
Sahabatku,
Teruskan langkahanmu,
Lagi, dan lagi,
Jangan sesekali kau hentikannya,
Ya,
Jangan, dan jangan,
Kerana aku,
Amat-amat kepingin,
Agar dikau dapat sama-sama merasai,
Keindahan hari esok itu.
Teruskan langkahanmu, wahai sahabatku...

Friday, July 8, 2011

MAKALAH : AL-QURAN

JANGAN SUKA MEMPERLECEH ORANG LAIN

Surah Al Hujurat: 11

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لَا يَسْخَرْ قَومٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَى أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسَى أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ وَلَا تَلْمِزُوا أَنْفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ وَمَنْ لَمْ يَتُبْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ (١١)

Terjemahan:

(11) Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok -olokkan), dan janganlah pula wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olakkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokkan), dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan (ialah) panggilan buruk sesudah iman, dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

Sebab-Sebab Turun Ayat:

Diriwayatkan bahawa ayat diatas diturunkan kerana utusan Tamim telah menghina golonqan fakir miskin dari kalangan sahabat Nabi SAW. seperti Bilal, 'Ammar, Shuhaib, Khabbab, Ibnu Fuhairah, Salman Al Farisy, Salim maula Abi Huzaifah dan lain lain.
Ada pula riwayat lain: Bahawa Shafiah Binti Huyay Ibn Akhtab R. 'Anha telah mengadu kepada Nabi SAW bahawa madu-madunya telah memanggilnya dengan panggilan: Hei Yahudi Binti Yahudi. Jawab Nabi SAW.: Mengapa engkau tidak katakan (kepada mereka): Ayahku Harun, pamanku Musa dan suamiku Muhammad

Tafsiran Ayat:

Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang di perolokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan).
Allah SWT. melarang orang yang beriman agar mereka jangan memperolok-olokkan orang lain, apakah disebabkan oleh pakaiannya, badannya, rupanya, gelarannya ataupun atas sebab-sebab yang lain. ]alam ayat tersebut Allah SWT memberi 'illat (sebab), iaitu barangkali orang yang diperolok-olokkan dan dianggap rendah itu lebih ikhlas dan lebih mulia hatinya serta lebih taqwa kepada-Nya.
Sifat "sukhriyah" iaitu tabiat suka merendah-rendahkan orang lain tidak akan muncul kecuali dari hati yang dipenuhi oleh sitat-sifat tercela dan kosong dari sifat-sifat terpuji. Oleh itu baginda Rasul SAW. bersabda:
بِحَسْبِ امْرِئٍ مِنَ الشَّرِّ أَنْ يَحْقُرَ أَخَـاهُ الْمُسْلِمَ
Cukuplah seseorang digolongkan orang yang jahat sekiranya dia suka merendah rendahkan Muslim lainnya.
( Kalam Al Mannan VII-135)
Dan janganlah wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita (yang diperolok-olokkan) itu lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokkan).
Demikian juga antara wanita dengan sesama wanita. Boleh jadi wanita yang dihina dan diperolok-olokkan itu lebih baik daripada wanita yang memperolok-olokkannya.
Saidatiah 'Aisyah RA. berkata: Ya Rasulallah sesungguhnya Shafiah adalah wanita (lalu diisyaratkannya dengan tangannya begini iaitu wanita pendek). Maka Rasul SAW. bersabda: Sesungguhnya kalau kata-kata tersebut engkau campakkan ke dalam lautan luas nescaya akan busuklah seluruh airnya. (Hadis Riwayat At Tarmizi)
Dari Abi Hurairah katanya: Telah bersabda Rasullah SAW:
إِنَّ اللهَ لاَ يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ وَلَكِنَّهُ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوْبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ.
Sesungguhnya Allah tidak melihat rupamu dan hartamu, tetapi Dia melihat hatimu dan amalanmu.
(Hadis Sahih Riwayat Muslim)
Ayat dan hadis diatas seolah-olah ingin menyatakan kepada kita bahawa sanjungan yang diberikan atau cacian yang dilemparkan kepada seseorang bukanlah suatu ukuran yang pasti. Demikian juga dengan amalan seseorang, apakah baik amalannya ataupun buruk. Dia bukanlah ukuran mutlak.
Barangkali orang yang pada zahirnya baik dan banyak amalnya, tetapi Allah lebih Mengetahui barangkali di dalam hatinya ada tersemat sifat tercela yang boleh mengakibatkan amalannya tidak diterima oleh Allah. Barangkali juga ada orang yang pada zahirnya tidak beramal salih malahan banyak berbuat maksiat, tetapi Allah Maha Mengetahui di dalam hatinya ada sifat terpuji yang kerana sifat itu akhirnya ia berhak mendapat keampunan Allah SWT.
Ingat! Bahawa amalan zahir hanyalah tanda sangkaan, ia bukan bukti yang pasti. Oleh itu janganlah kita mengukur manusia hanya berdasarkan mahal murahnya nilai hiasan dan pakaian yang dipakainya. Ukuran manusia yang hakiki adalah taqwa dan tafaqquh fiddin (faham agama).
Dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri.
Dalam ayat ini Allah menggunakan istilah "dirimu sendiri". Padahal maksud ayat ialah larangan agar kita jangan mencela orang beriman lainnya. Dan ini memberi pengajaran kepada kita bahawa , mukmin sesama mukmin adalah bagaikan satu diri. Jika kita mence1a mukmin lain samalah ertinya kita mencela diri kita sendiri.
Nabi SAW. bersabda:
الْمُؤْمِنُوْنَ كَالْجَسَدِ الْوَاحِدِ ، إِذَ ا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَـهُ سَائِرُ جَسَدِهِ بِالْحُمَّى وَالسَّهَرِ.
"Orang-orang yang beriman seperti satu jasad, sekiranya satu anggotanya merasa sakit maka seluruh tubuhnya akan merasakan sakitnya dan demam".
(Ibnu Jarir XXVI – 131)
Abdul Rahman Al Sa’dy berkata di dalam tafsirnya ( Tafsir Kalam Al Mannan VII – 136 ) : Lamaz ialah mencela orang lain dengan perkataan. Sedangkan Hamaz pula ialah mencela orang lain dengan perbuatan. Kedua-dua sitat tersebut adalah dilarang oleh Allah dan haram hukumnya. Allah memberi amaran keras dan akan menyiksa mereka di dalam neraka. Ini sebagaima firman-Nya:
وَيْلٌ لِكُلِّ هُمَزَةٍ لُمَزَة ٍ)
Neraka Wail (kecelakaaan yang amat besar) bagi setiap Luzamah (orang yang mencela dengan ucapan) dan Huzamah (orang yang mencela dengan perbuatan).
 (Surah Al Humazah: 1)
Dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar yang buruk.
Maksudnya: Janganlah sebahagian kamu memanggil sebahagian kamu yang lain dengan gelaran yang buruk, seperti panggilan: Ya Fasiq, Ya Munafiq, atau memanggil seorang muslim dengan panggilan: Ya Yahudi, Ya Nashrani dan lain-lain walaupun ia seseorang yang Yahudi atau Nashrani sebelum memeluk Islam.
Ibnu Abbas RA berkata: Maksud ayat diatas ialah: Seseorang yang telah melakukan dosa besar lalu dia bertaubat dan kembali kepada kebenaran (kembali kepangkal jalan), lalu Allah SWT melarang kita menghinanya berdasarkan dosa dosanya yang telah silam. (Dikeluarkan oleh ibnu Jarir)
Adapun gelaran atau panggilan yang mengandungi pujian yang benar tidaklah dibenci. Umpamanya: 'Atiq untuk Abu Bakar, Al Faruq untuk Omar, Dzu Nurain untuk Osman, Abu Turab untuk 'Ali, Saif Allah untuk Khalid Ibnu Walid dan lain-lain.
Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman.
Maksudnya: Panggilan yang buruk ialah gelaran-gelaran yang tidak disukai oleh orang yang digelari dengan gelaran itu, seperti panggilan hai fasiq, hai kafir, hai pelacur, hai penjudi, dan lain-lain. Lebih-lebih lagi sekiranya orang tersebut telah beriman dan bertaubat.
Ayat ini memberi isyarat betapa buruknya jika bergabung dua perkara yang tidak sewajarnya bergabung Umpamanya: Tua bangka yang pemabuk. Sudahlah umurnya yang sudah lanjut yang sepatutnya insaf dan banyak beramal salih untuk bekal di akhirat nanti, tetapi sayangnya semakin tua semakin menjadi-jadi tabiat buruknya.
Begitu jugalah dengan gelaran yang buruk. Kita dilarang memanggil muslim lainnya dengan gelaran atau panggilan yang buruk. Dan lebih lagi buruknya sekiranya orang yang digelari itu ternyata orang yang sudah baik imannya.
Oleh itu waspadalah, jangan sampai kegairahan kita yang memuncak ingin menjadi muslim atau muslimat yang baik, lalu tanpa kita sedari kita telah mencela para sahabat atau para ulama yang muktabar. Ijtihad mereka juga perlu kita hormati. Sadarilah selalu! Siapalah kita tanpa mereka.
Dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
Maksudnya: Barangsiapa yang tidak mahu bertaubat daripada dosa memperolok-olokkan, menghina dan memanggil mukmin, lainnya dengan gelaran yang buruk, maka mereka itulah orang-orang yang menzalimi diri mereka sendiri. Ini kerana sikap dan usaha-usaha buruk mereka itu membawa mereka kepada azab Allah di akhirat nanti.
Sebahagian ulama tafsir mengatakan: Penggunaan istilah:
" Barangsiapa yang tidak bertaubat " di dalam ayat ini seolah olah memberi isharat bahwa perbuatan perbuatan yang dilarang di dalam ayat ini seperti dosa memperolok olokkan muslim lain lain adalah termasuk ke dalam dosa dosa besar, bukan dosa kecil sebagaimana anggapan sesetengah orang kerana biasanya perkataan taubat hanya digunakan untuk dosa besar.

Monday, July 4, 2011

Zikrullah penGubatku

Ya ALLAH!!1Bantulah aq walaupun diri ini rase terhina
mengapa perlu sedih bila......
... mengerti
namun aq????
zikrullah..zikrullah..zikrullah
hari demi hari
tidak perlu rasa penat mahupun letih
Ya Allah Yang Maha ESA,Yang Maha Mengasihani
Kau tidak mungkin menguji hambaMU melebihi kemampuan mereka
tdk perlu gusar n sedih bila hati mahu berteriak menunjukkan ketidakpuasan, namun aku hanya insan yg lemah, mudah merasa bersalah jika terdapat kekhilafan

Astaghfirullah..Astaghfirullah..Astaghfirullah
bersemangatlah tika hati jatuh terdiam
tiap2 sesuatu yg terjadi pasti ada hikmahnya

Ingatlah bahawa surah [Al Baqarah:117] menyatakan:
Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia."
Bila Allah berkehendak serta menghendakinya, dan pabila Dia telah menetapkan sesuatu maka Allah berfirman kepadanya: "Jadilah", maka jadilah dia. Begitulah beberapa ungkapan ayat-ayat kun [jadi] maka faya kun [jadilah] dalam al-Qura’an.
                                        
                                        Usia kian bertambah
perjalanan kita msh jauh
jalanan berliku
akan kita tempuh
imbaslah kejadian semalam
jadi azimat
penempuh masa hadapan
tiada yg sempurna, sematkanlah titisan rindu dikalbu
Ya ALLAH, Kau xkan kulupa...........

Thursday, June 30, 2011

FRiEnDShiP @-@

Friendship pertains to one's heart and its sincerity. Those who think they can gain another's friendship through deception and hypocrisy only deceive themselves. Even if some simple-minded people are taken in by their hypocrisy and flattery, they will not be able to sustain a long-lasting friendship.Those who hold their friends in good esteem and treat them with respect gain many defenders and supporters against their enemies.





We are loyal and faithful to our friends to the extent we share their troubles as well as their joys. If we cannot weep when our friends weep and rejoice when they rejoice, we cannot be regarded as faithful friends.


Love and good relations between friends continue as long as they understand each other, practice self-denial, and make sacrifices within permissible limits. Friendship between those who cannot renounce their interests and preferences for the sake of their friends cannot endure.

Saturday, June 25, 2011

3 buah Masjid yang Dianjurkan untuk Diziarahi

Hadis :
"Dari Abu Hurairah, r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Tidak sepatutnya (bersusah payah) keluar belayar (untuk menziarahi mana-mana masjid kecuali (untuk pergi) ketiga-tiga masjid (yang berikut): Masjidil Haram (di Mekah), dan masjid Rasulullah s.a.w. (di Madinah) serta Masjid al-Aqsa (di Palestin)" (Bukhari) 
 
Huraian :
1. Umat Islam yang ingin berziarah keluar (negara) untuk beribadat kepada Allah tidak perlu bersusah payah ketempat lain, selain dari berziarah ke tanah suci, terutama untuk mengerjakan ibadat haji dan umrah.

2. Tiga buah masjid yang mempunyai fadilat yang besar, apabila mengerjakan ibadat sembahyang di dalamnya ialah: 
i. Masjidil Haram di Mekah

Masjid al-Haram adalah masjid yang tertua di muka bumi ini.Sejarahnya adalah sejajar dengan pembinaan Ka'abah sejak zaman Nabi Ibrahim a.s. lagi ketika di Kota Mekah.



ii. Masjid Nabawi di Madinah 


Masjid al-Nabawi adalah masjid yang didirikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. ketika berlakunya peristiwa hijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah. 
iii Masjid al-Aqsa di Palestin. 

Masjid al-Aqsa merupakan kiblat pertama bagi umat Islam sebelum dipindahkan ke Ka'abah di Masjid al-Haram dengan perintah Allah S.W.T. Masjid ini terletak di Bayt al-Maqdis.



3. Diantara fadhilat-fadhilatnya ialah:
i) Kelebihan Masjidil haram ialah mereka yang bersembahyang di dalamnya akan mendapat seratus ribu (lebih afdhal dari) sembahyang di tempat lain dan di dalamnya terletak Kaabah yang menjadi kiblat umat Islam.
ii) Kelebihan Masjid Nabawi pula ialah mereka yang bersembahyang di dalamnya akan mendapat seribu (lebih afdhal dari) sembahyang di tempat lain, dan didalamnya ada makam Nabi s.a.w. Dan sebagai sebuah taman dari taman-taman syurga.
iii) Kelebihan Masjid al-Aqsa pula ialah mereka yang bersembahyang di dalamnya akan mendapat lima Ratus (lebih afdhal dari) sembahyang di tempat lain, dan keistimewaannya ialah ia adalah merupakan masjid para Nabi yang terdahulu dan tempat Israk dan Mikrajnya Nabi s.a.w.

Friday, June 24, 2011

Jatuh terdiam..,,,,

Tambah kapsyen
Sejenak ku terdiam dan membisu
Membuatku lelah dan tanpa arah
Coba mengertilah coba pahamilah
Arti cinta sesungguhnya
Dan letakkan hatimu disini
Ku berjanji kau tak ‘kan kusakiti
Sejuk sepi sedang nampak hanya bintang
Hanya kaulah yang ku sayang
Ku latih kau terbang diatas awan
Agar kau tegar dan tak terkalahkan
Jadilah jagoan seperti yang ku inginkan
Agar dapat ku banggakan
Namun sikapmu kini telah berubah
Membuatku resah dan serba salah
Kau berdiam diri membuat nadiku berhenti
Katakanlah hei kekasih
Coba kau pikirkan, coba kau renungkan
Apa yang kau inginkan telah aku lakukan
Coba kau pikirkan coba kau renungkan
Tanya bintang-bintang hanya kaulah yang ku sayang
Coba kau katakan apa yang kau inginkan
Apa yang kau butuhkan telah aku berikan
Coba kau katakan apa yang kau inginkan

Sunday, June 19, 2011

JASA IBuAyaH tiada penGhujunGnya...!!!!

DOA UNTUK AYAH IBU




Ya Allah 
Rendahkanlah suaraku bagi mereka 
Perindahlah ucapanku di depan mereka 
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan 
Lembutkan hatiku untuk mereka 
 
Ya Allah, 
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas 
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas 
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah 
mereka sebagaimana mereka memeliharaku. 
 
Ya Allah, 
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan 
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku 
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku 
jadikanlah itu semua penyebab susutnya 
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan 
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah 
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan 
kebaikan berlipat ganda. 
 
Ya Allah, 
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, 
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku. 
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi 
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul 
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman 
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... . 
 
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha 
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah 
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih. 
 
Amin Ya Rabbul Alamin.. 
 
 
Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu 
hidup 
kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita 
menghisap 
darahnya, tenaganya, airmatanya, 
keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. .. 
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau 
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang 

memperdulikan 
dan 
mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya 
didahulukan 
didunia ini. 
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...

Wednesday, June 15, 2011

Monday, June 13, 2011

fanatik novel online la plop...:):)

haha,,,utk tgk novel n cerpen online...
syok gilerrrr!!!!!

ni pengaruh dr ex-roomte ni...
teka sape????




hehhe....
semestinya eida,,,,haha...
tgk ni 12:21am x tdo ag ni...
citer sodap punye pasal ler ni.....
huhuuuuuuuuuuu
xkisah la....hehheeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

lallaalaaa...

aq nie dikira sempurna dh keluarga aq......huhuuu,,,,
alhamdulillah syukur sesgt!!!!!!!!!!!!!!!!!!!:):):):):)
yg penting teruskn mengejar ilmu....hahaaa............tahun akhir dh ni.....ingat ingat,,,,
:):):):):)

Wednesday, June 8, 2011

FEEL

mmmmm...bila la nk study molek ni.......cepat2 yah...dh msk thn 3 ni....
hehheheeeeeeeee:))))))))))))

you keep hiding the truth,,
people close to you..
open your eyesssss
guides me Ya ALLAH.....
we belong to you..,,,

lallallalaaaaaa....
ntah ape yg ku rasa.
kdg2 semkn jauh tp rasa nk dekat dh
ileks luhhh
saboooooooooorrrrr
ade kala fikiran x tenteram bila x sempurna
namun
kehidupan harus diteruskan

nothing to worry about 
ALLAH is alwayz by ur side
InsyaALLAH!!!!!!!!

according to you
I'm stupid, i'm uselessssss
according to heiiii
I'm beautiful, i'm credible
everythg is ...
tell me 4 everythg
according to you
''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''
............................................................................

Monday, June 6, 2011

syUkurrrrrrrrr

hari ni dh stat kuliah untuk sem 5...
.arhhhh kejapnye dh msk thn 3....mmmmmmmm
aq  bersyukur dgn resultku hr nie w'pun dop leh dean list pun aq beruntung sesangat kerana blh kekal CGPA: 3 lebih lg...
x kisah la yg penting aq sgt berharap pd ILAHI agar dipermudahkan segala urusan aq semasa menjadi student nurse ini dan menjadi STAFF NURSE yg terbaik utk yg akan datang...Insya ALLAH!!!!!!!
pe pun utamakan 10S,,,hehhehhh

p/s: Iman bagaikn emas permata,,letaknya di dlm jiwa ,,gemilauannya bak cahaya menyuluh hidup manusia,,,menunjukkan jalan yang benar,,
Orang yg teguh iman, sabar dgn ujian di akhirat kelak dia  menjadi insan yg mulia

Tuesday, March 1, 2011

Kalaulah.......

Hidup memg lau x de kalaulah,,,ush xtau nk celoteh rrrrrrrr.......mls benornye nk update blog ngn entry bwuni,,,,,,,coz xtau nk ceter mende.......
.haahahahahahhahahha....akakkaaaaaaaaaa...
praktikum mendtg lg,,,,hmmmmmmm.......



 layan jap,,,
tolong ingatkn aq, kisah kau t'sedar,
hanya satu penyuluh masa oooooooooo,,,,,

Wednesday, February 23, 2011

Friday, February 18, 2011

Faktor risiko UGIB



Major faktor risiko yang mempengaruhi perkembangan UGIB adalah:-
1)            Sejarah tentang UGIB
-    Paling berisiko jika seseorang yang telah mempunyai sejarah kesihatan berkaitan UGIB ini kerana penyakit yang dahulu akan merangsang untuk berlaku kembali.
2)            Penggunaan aspirin atau NSAIDs
-    Penggunaan pil penahan sakit secara kerap. Ubat antiradang bukan steroid (NSAIDS) seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen boleh menyebabkan inflamasi perut dengan mengurangkan bahan yang memelihara lapisan perut yang bertindak sebagai pelindung (prostaglandin).
-    NSAIDs ini mempunyai kesan pada  ‘cyclooxygenase-1’ iaitu yang membawa pada kegagalan ketahanan(resistant) lapisan mukosa di salur  gastrousus kepada asid.
3)            Jangkitan bakteria
-    Jangkitan  bakteria berbentuk cockscrew dikenali sebagai ‘Helicobacter pylori(H.pylori)’ yang berkembang di dalam lapisan mukosa yang melapisi lapisan perut atau salur gastrousus
4)            Terapi antikoagulan atau antiplatelet
-    Antikoagulan/antipletelet yang diberi merangsang pendarahan yang lebih banyak.
5)            Dinding esofagus terkoyak
-     Ini disebabkan muntah atau menjeluak yang keterlaluan dan berulang-ulang. Dinding esofagus juga boleh koyak selepas serangan penyakit secara mengejut, batuk atau ketawa terlalu kuat, mengangkat benda berat, mengalami tekanan, melahirkan anak atau mengambil terlalu banyak alkohol.
6)            Merokok
-    Merokok boleh meningkatkan keasidan duodenal dan secara signifikannya merencat penyembuhan salur gastrousus yang cedera akibat pendarahan.